Quantcast
Channel: khairulzul's blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Resepi Kek Keju Lemon ..Nyum Nyum

$
0
0
Salam..

aku nk share resepi nie yang aku ambik dr blog Resepi Kek Keju Lemon (Tanpa Bakar) - Resepi Bonda aku x pandai wat resepi nie..bestnya la klu ade org wat kat aku...+TerimaKasih++TerimaKasih++TerimaKasih+

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon – ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.

3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.

4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.

5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.

6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.

7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.

[​IMG]

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Trending Articles